Wednesday 4 April 2012

Situasi 23 : Pengaruh bahasa asing



Sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa asing. Bahasa terawal yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit. Contohnya ialah syurga dan negara. setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, bahasa Arab pula telah mula mempengaruhi bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penyebaran agama Islam pada ketika itu telah turut menyebarkan bahasa Arab dan penggunaannya mempengaruhi bahasa Melayu. Contohnya ialah taubat dan sabar.

            Namun begitu, pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu banyak paling banyak berlaku sewaktu kedatangan penjajah ke Tanah Melayu pada ketika itu. Mereka bukan sahaja mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu, tetapi turut mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu. Keadaan ini mungkin kita boleh lihat dari sudut positif yang mana pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu ini secara tidak langsung dapat menambah kosa kata dalam bahasa Melayu. Antara bahasa asing yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu sewaktu kedatangan penjajah ialah bahasa Portugis, Belanda, dan Inggeris. Antara contoh perkataan dari bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu sehingga kini ialah:
Bahasa Portugis – garpu, mentega, jendela, bangku,
                                baldi, 
Bahasa Belanda – balkoni, duit, kamar, rokok, 
                                  senapang 
Bahasa Inggeris – anti, makro, mikro, bulan madu yang 
                                  diambil dari perkataan 'honeymoon'

             Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa akibat daripada pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kosa kata dalam bahasa Melayu. Pengaruh bahasa asing ini bukan sahaja berlaku terhadap kosa kata bahasa Melayu, malah ianya turut mempengaruhi imbuhan bahasa Melayu, peribahasa bahasa Melayu, imbuhan bahasa Melayu, sistem bunyi bahasa Melayu, dan sistem tulisan bahasa Melayu.

2 comments: