Sewaktu di bangku sekolah dahulu, saya dan
kawan-kawan suka menggunakan bahasa rahsia sewaktu bersembang. Bahasa rahsia
merupakan bentuk bahasa yang hanya difahami oleh kami sahaja. Hal ini bermakna
segala perkara yang kami perkatakan agak sukar untuk difahami oleh orang lain.
Oleh itu, kami bebas untuk berbual tentang apa-apa sahaja tanpa perlu
menyinggung perasaan orang lain atau diketahui orang lain. Contoh bahasa rahsia
yang kami gunakan ialah:
Askusa taksa suskasa deskasa disasa.
Maksudnya:
“Aku tak suka dekat dia”
Tapi, payah jugak nak guna... cam berbelit skit.. tapim belum cube belum tahu..
ReplyDelete