Perkataan
|
Definisi
|
Bahasa Vernakular
|
Penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat.
|
Bahasa Inklusif
|
Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada (bahasa utama).
|
Bahasa Rasmi
|
Bahasa yang digunakan untuk urusan pentadbiran dan rasmi dalam sesebuah negara.
|
Lingua Franca
|
Bahasa yang terdapat dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur-penutur bahasa daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya dalam komunikasi.
|
Bahasa Pijin
|
Bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa.
|
Bahasa Kreol
|
Bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau ibunda (percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi).
|
Bahasa Koine
|
Bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam satu wilayah atau daerah (lingua franca).
|
Bahasa Eksklusif
|
Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok pekerjaan, puak atau subetnik.
|
Bahasa Arkaik
|
Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.
|
Bilingualisme
|
Seseorang yang mengetahui dan menguasai 2 bahasa serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
|
Multilingualisme
|
Bahasa yang dituturkan oleh pelbagai etnik yang memiliki bahasanya sendiri.
|
Asimilasi
|
Bahasa yang digunakan oleh generasi seterusnya apabila berpindah ke tempat tersebut dan tidak lagi menggunakan bahasa ibunda mereka.
|
Dwiglosia/diglosia
|
Penggunaan 2 bahasa yang berlainan atau 2 kelainan bahasa yang mana satu bahasa itu tinggi, rasmi, dan formal, manakala bahasa yang satu lagi rendah, tidak rasmi, dan basahan.
|
Setia Bahasa
|
Sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa.
|
Sosiolinguistik
|
Kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat (dalam konteks sosial dan budaya).
|
Sosiologi Bahasa Deskriptif
|
Pola penggunaan bahasa sosial serta tingkah laku dan sikap terhadap bahasa yang diterima umum untuk rangkaian sosial dan masyarakat tertentu.
|
Sosiologi Bahasa Dinamik
|
Mengapa dan bagaimana penggunaan bahasa dan tingkah laku dalam organisasi sosial yang berlainan dalam rangkaian sosial atau masyarakat yang sama dalam dua keadaan yang berbeza.
|
Mikrososiolinguistik
|
Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka.
|
Makrolinguistik
|
Menumpukan perbahasan dan kerja pada populasi yang banyak, institusi kebangsaan, dan dasar bahasa di peringkat kebangsaan.
|
Monday, 28 May 2012
DAFTAR ISTILAH SOSIOLONGUISTIK
Berikut merupakan daftar kata yang saya peroleh berkaitang dengan bidang sosiolingusitik:-
Friday, 4 May 2012
SITUASI 40 : PISANG GORENG ATAU GORENG PISANG?
Pada entri saya yang terakhir ini, saya ingin
berkongsi satu peristiwa yang pernah saya alami. Peristiwa berkisar tentang
penggunaan hukum DM. Peristiwa ini berlaku sewaktu saya ingin membeli kuih-muih
yang dijual oleh seorang makcik. Pada waktu itu terdapat dua orang pelanggan
yang saya kira merupakan kawan baik. Perkara yang melucukan saya ialah
persoalan yang ditimbulkan oleh mereka apabila ingin membeli pisang goreng.
Si A :
Makcik saya nak goreng pisang seringgit.
Si B :
Bukan goreng pisang la, tapi pisang goreng.
Si A : Eh,
goreng pisang la.
Situasi yang berlaku ini membuatkan saya
terfikir, goreng ke pisang goreng. Oleh itu, saya cuba menyemak kembali maksud
sebenar kedua-dua perkataan tersebut berdasarkan hukum D-M. D bermaksud yang
diterangkan iaitu menjadi unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama. M pula
bermaksud menerangkan dan iaitu unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua.
Justeru, perkataan yang betul bagi ialah pisang goreng kerana ianya menunjukkan
bahawa pisang itu telah digoreng. Goreng pisang itu pula bermaksud seseorang
yang sedang menggoreng pisang. Kesimpulannya, situasi yang berlaku ini secara
tidak langsung menambahkan pengetahuan saya mengenai hukum D-M.
Thursday, 3 May 2012
SITUASI 39 : BAHASA RAHSIA
Sewaktu di bangku sekolah dahulu, saya dan
kawan-kawan suka menggunakan bahasa rahsia sewaktu bersembang. Bahasa rahsia
merupakan bentuk bahasa yang hanya difahami oleh kami sahaja. Hal ini bermakna
segala perkara yang kami perkatakan agak sukar untuk difahami oleh orang lain.
Oleh itu, kami bebas untuk berbual tentang apa-apa sahaja tanpa perlu
menyinggung perasaan orang lain atau diketahui orang lain. Contoh bahasa rahsia
yang kami gunakan ialah:
Askusa taksa suskasa deskasa disasa.
Maksudnya:
“Aku tak suka dekat dia”
Oleh
itu, berdasarkan penggunaan bahasa rahsia, kami bebas untuk menyatakan
ketidakpuasaan hati kami mengenai sesiapa sahaja tanpa rasa takut jika
menyinggung perasaannya. Justeru, saya berpendapat bahawa bahasa rahsia ini
sangat unik kerana hanya golongan tertentu sahaja yang dapat memahami maksud
yang cuba disampaikan.
Wednesday, 2 May 2012
SITUASI 38 : "TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA"
“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk
padahnya.” Peribahasa ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.
Maksud peribahasa ini ialah kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak
mendatangkan masalah pada masa akan datang. Hal ini bermaksud, apabila kita
ingin berbicara, kita kena pastikan perkara yang kita ingin katakan itu kena
pada tempatnya. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu sentiasa diingatkan supaya tidak
mengumpat atau memperkata tentang keburukan seseorang kerana keadaan ini secara
tidak langsung akan mengaibkan mereka dan akhirnya berlaku pemusuhan sehingga
boleh memutuskan ikatan silaturrahim sesama manusia.
Justeru, benarlah kata
orang dahulu, jagalah adab sopan dan tutur kata sewaktu berbicara kerana ianya
akan mendatangkan keburukan kepada diri kita pada masa akan datang. Peliharalah
lidah kita daripada memperkatakan sesuatu yang tidak betul, kerana ianya boleh
memporak-perandakan kehidupan kita.
Tuesday, 1 May 2012
SITUASI 37 : LOGHAT
Setiap negeri di negara ini mempunyai loghat
atau cara percakapan yang berbeza. Hanya orang yang berasal dari negeri itu
sahaja yang kadang-kala memahami perkara yang diungkapkannya itu. Oleh itu,
bagi orang yang bukan berasal dari negeri tersebut menjadi satu masalah baginya
untuk memahami perkara yang sedang diperkatakan itu. Contohnya, dalam satu
perkataan terdapat pelbagai cara atau bunyi perkataan itu disebut. Antaranya:
Bahasa standard
|
Perak
|
Negeri Sembilan
|
Utara
|
Kelantan
|
apa
|
apɛ
|
apɔ
|
apa
|
gapo
|
pergi
|
pərgi
|
poyi
|
pi
|
gi
|
awak
|
komə
|
jang
|
hang
|
demo
|
Oleh
itu, dapat dinyatakan bahawa setiap negeri mempunyai loghat atau dialek yang
berbeza. Perbezaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan betapa uniknya
Malaysia kerana mempunyai kepelbagaian bahasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)