Setiap negeri di negara ini mempunyai loghat
atau cara percakapan yang berbeza. Hanya orang yang berasal dari negeri itu
sahaja yang kadang-kala memahami perkara yang diungkapkannya itu. Oleh itu,
bagi orang yang bukan berasal dari negeri tersebut menjadi satu masalah baginya
untuk memahami perkara yang sedang diperkatakan itu. Contohnya, dalam satu
perkataan terdapat pelbagai cara atau bunyi perkataan itu disebut. Antaranya:
Bahasa standard
|
Perak
|
Negeri Sembilan
|
Utara
|
Kelantan
|
apa
|
apɛ
|
apɔ
|
apa
|
gapo
|
pergi
|
pərgi
|
poyi
|
pi
|
gi
|
awak
|
komə
|
jang
|
hang
|
demo
|
Oleh
itu, dapat dinyatakan bahawa setiap negeri mempunyai loghat atau dialek yang
berbeza. Perbezaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan betapa uniknya
Malaysia kerana mempunyai kepelbagaian bahasa.
No comments:
Post a Comment