“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk
padahnya.” Peribahasa ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.
Maksud peribahasa ini ialah kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak
mendatangkan masalah pada masa akan datang. Hal ini bermaksud, apabila kita
ingin berbicara, kita kena pastikan perkara yang kita ingin katakan itu kena
pada tempatnya. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu sentiasa diingatkan supaya tidak
mengumpat atau memperkata tentang keburukan seseorang kerana keadaan ini secara
tidak langsung akan mengaibkan mereka dan akhirnya berlaku pemusuhan sehingga
boleh memutuskan ikatan silaturrahim sesama manusia.
Justeru, benarlah kata
orang dahulu, jagalah adab sopan dan tutur kata sewaktu berbicara kerana ianya
akan mendatangkan keburukan kepada diri kita pada masa akan datang. Peliharalah
lidah kita daripada memperkatakan sesuatu yang tidak betul, kerana ianya boleh
memporak-perandakan kehidupan kita.
Wow
ReplyDelete