Kini, dengan perkembangan teknologi yang
semakin pesat, kita dapat lihat penggunaan bahasa juga sudah semakin jauh
tersasar dari landasannya. Siapakah yang harus dipersalahkan?
Bagi pendapat
saya, orang yang patut dipersalahkan ialah diri kita sendiri kerana kemajuan
teknologi tidak menyuruh kita untuk merosakkan bahasa
Penggunaan bahasa Melayu yang seolah-olah
telah diolah dengan sendirinya giat digunakan di dalam laman sosial terutamanya
facebook. Melalui status yang ditulis, kita boleh lihat betapa pelik dan
anehnya bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka seolah-olah menggambarkan
kurangnya ilmu bahasa di dalam diri mereka. Contohnya:
* ChumiLs plak tngok
laky matew sepet nie ! ! kan kan kans ?
- menggataLs ! –
* Cinta kita sngt
pelikx lha awk ! awk at sane snyap jew so sye oun snyap lha . . . tergantung
!
* dulu aq eppy ngan dier. skunk aq dh x epy ngan dier
Berdasarkan contoh di atas, jelas memaparkan kesalahan bahasa yang digunakan. Saya berpendapat bahawa sekiranya bahasa seperti ini sering digunakan dan di amalkan dalam kehidupan seharian, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan dan akhirnya akan menjadi satu kesukaran untuk diubah. Kesannya, dapat dilihat melalui penulisan karangan yang mana mereka secara tidak langsung akan galak untuk melakukan kesalahan bahasa.
Justeru, generasi kini terutamanya para pelajar haruslah bijak dalam menggunakan bahasa kerana ianya akan merosakkan bahasa kita sendiri. Walaupun zaman sudah semakin maju, maka tidak semestinya bahasa kita juga perlu terlalu maju sehingga mencampuradukkan bahasa tersebut. Cintailah bahasa kita.
No comments:
Post a Comment