Kita sering kali keliru untuk menyebut
perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi membawa makna yang berbeza. Perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama mempunyai sebutan dan makna yang berbeza
dikenali sebagai homograf. Pemasalahan timbul apabila kita sukar untuk membaca
perkataan tersebut sekiranya kita tidak membacanya secara menyeluruh kerana
jika kita tidak berbuat demikian, maka mesej yang ingin disampaikan tidak akan
kita fahami. Namun begitu, dari segi lisan masalah seperti ini tidak akan
timbul kerana ianya memang sangat
berbeza dan kita sendiri boleh membezakannya walaupun mempunyai ejaan yang
sama. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa dari segi tulisan perkataan yang
tergolong dalam homograf ini memang sukar untuk difahami berbanding lisan. Hal ini
demikian kerana ianya sama dari segi perkataan dan berbeza dari segi sebutan. Justeru,
ianya sangat mudah untuk dikenal pasti apabila perkataan tersebut disebut. Contoh
perkataan yang tergolong dalam homograf ialah:
1) Sepak
perbuatan menendang perbuatan menampar
2) Rendang
nama masakan pohon yang rimbun
3) Semak
periksa dengan teliti kawasan belukar
4) Perang
sengketa warna
No comments:
Post a Comment