Tuesday, 17 April 2012

Situasi 27 : 'e pepet' dan 'e taling'


Ramai orang yang sering keliru dengan penggunaan ‘e pepet’ dan ‘e taling’. Kekeliruan ini berlaku biasanya apabila kita ingin menulisnya. Seperti yang kita ketahui, apabila kita ingin menulis huruf ‘e taling’ ianya akan ditulis dengan huruf ‘e’, tetapi apabila kita ingin menulis ‘e pepet’, ianya ditulis seperti ‘ə’. ‘e taling’ merupakan bunyi vokal depan separuh sempit. Contoh perkataan yang mempunyai vokal ini ialah elok, tengok, enak, dan tembok. Apabila kita menyebut perkataan tersebut, huruf tersebut dibunyikan seperti ianya huruf ‘a’. ‘e pepet’ pula merupakan bunyi vokal tengah dan perkara yang membezakan ianya dengan ‘e taling’ ialah hurufnya ditulis seperti ‘ə’ dan ianya bertujuan untuk memudahkan kita untuk menyebutnya dengan betul. Contoh perkataan yang mempunyai vokal ini ialah  ənau, ləmak, ləmau, dan ləmbap.

                Namun begitu, perkara yang ingin ditekankan di sini ialah mengenai kesalahan penggunaan ‘e taling’ dan ‘e pepet’ dalam lirik lagu. Hal ini berlaku apabila penyanyi tersebut menyebut perkataan yang menggunakan ‘e pepet’ tetapi disebut ‘e taling’. Contohnya lirik lagu ‘Kalau berpacaran’ yang mana penyanyi tersebut menyebut perkataan ‘pəgang-pəgang’ sebagai ‘pegang-pegang’. Berdasarkan penggunaan simbol terhadap huruf tersebut kita sudah tahu cara untuk menyebutnya dengan betul.

                Oleh itu, saya berpendapat bahawa keadaan seperti tidak seharusnya berlaku kerana ianya secara tidak langsung akan menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang mendengar. Selain itu, ianya juga akan merosakkan bahasa itu sendiri.

9 comments:

  1. Pegang-pegang tu loghat dia lah.. Try cari orang melaka atau sebahagian org johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi penyanyi itu asal Perak.

      Delete
  2. Orang Johor sebut pegang dengan e taling. Itu telo.

    ReplyDelete
  3. I wiLl HàckEd WhoEver ReAd ThIs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will hack*, not "hacked", you frickin dumbass!!
      and your letter case are very disturbing. Were you on cocaine, or something.. Or worse, are you on "WICET"?? :o :O

      Delete
  4. well played, simple web designing and you failed to do so.

    ReplyDelete
  5. ê = [ə]
    é = [e~ɛ]

    Itu bunyinya sekiranya pada bahasa Melayu, Indonesia, Sunda dan Jawa

    ReplyDelete
  6. Aku selalu menggunakan e pepet pada setiap berakhiran a sebab aku orang Selangor hehehe

    ReplyDelete