Ada kalanya saya sering kali terfikir bagaimana
caranya kita ingin membezakan maksud perkataan yang seakan-akan sama sahaja
sebutannya. Tapi lahiriahnya ianya sama sekali berbeza terutamanya dari segi
makna. Contohnya ialah perkataan rasmi
dan resmi. Bila diteliti dengan
betul, kedua-dua perkataan ini memang jauh sekali berbeza antara satu sama lain
dari segi ejaan mahupun makna. Tetapi apabila kita menyebutnya, ianya seakan-akan
sama sahaja. Justeru, kita akan menjadi keliru tentang apakah perbezaan maksud
kedua-dua perkataan tersebut?
Rasmi didefinisikan sebagai disahkan oleh
kerajaan atau yang berkuasa. Selain itu, ianya dianggap sebagai diisytiharkan
oleh kerajaan atau sesuatu jabatan. Contohnya ialah:
bahasa
rasmi, surat rasmi, tugas rasmi,
dan upacara rasmi
Resmi pula didefiniskan sebagai sifat semula
jadi atau sifat khas yang diberikan kepada benda, adat perangai, dan tabiat. Contohnya
ialah:
“Ikut resmi
padi, makin berisi makin tunduk”
“jangan
ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak”
Oleh itu, berdasarkan definisi dan contoh yang
diberikan, maka diharapkan tiada lagi kekeliruan yang timbul mengenai perbezaan
‘rasmi’ dan ‘resmi’. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa betapa berbezanya
kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks makna dan penggunaannya.
No comments:
Post a Comment