Thursday, 5 April 2012

Situasi 24 : Orang berbudi kita berbahasa


Orang berbudi kita berbahasa. Petikan tersebut merupakan bidalan Melayu yang tidak asing lagi bagi kita sebagai orang Melayu. Berdasarkan bidalan tersebut, kita dapat gambarkan maksud yang cuba di sampaikan di sebaliknya. Orang berbudi, kita berbahasa, meletakkan budi sebagai timbal balik bagi bahasa. Hal ini bermaksud, apabila orang telah menolong kita, maka secara tidak langsung kita perlu mengucapkan terima kasih sebagai tanda kita menghargai pertolongannya itu.
                Namun begitu, dalam situasi sekarang, rasanya amat sukat untuk kita melihat perkara tersebut berlaku. Hal ini demikian kerana, manusia sudah semakin ego dan terlalu sukar untuk mengucapkan terima kasih setelah pertolongan di hulurkan. Bak kata orang bukan terlalu sukar untuk kita mengucapkan terima kasih kerana ianya hanya perlu dilafazkan dan tidak perlu dibayar. Apabila kita ingin membalas budi kepada seseorang, bukan harta atau wang ringgit sahaja yang boleh digunakan. Langkah balas budi yang paling mudah dalam hubungan sesama manusia ialah dalam bentuk bahassa, iaitu ucapan terima kasih atau tutur kata yang sama erti dengannya yang menyatakan bahawa betapa besarnya hati kita mnedapat pertolongan atau bantuan daripada orang tersebut.
                Oleh itu, bukan terlalu sukar untuk kita berbudi bahasa kerana di mana-mana sahaja kita boleh menunjukkan betapa tingginya penghargaan kita kepada seseorang dan tidak perlulah kita untuk terlalu ego dalam berbudi bahasa sesama manusia. Berbudi bahasalah kita sesama manusia terutama masyarakat Melayu kerana budi bahasa itu amalan mulai.
                                                                                 

No comments:

Post a Comment