Pelbagai
perkataan yang kurang sopan akan mudah dilontarkan apabila emosi dengan
mudahnya menguasai diri. Dalam keadaan diri yang kurang sabar akan menyebabkan
seseorang dengan mudahnya akan memaki hamun orang lain dengan menggunakan perkataan
yang kurang sopan tanpa memikirkan
kesannya. Situasi ini saya alami sewaktu menaiki bas untuk pulang ke kolej
kediaman setelah tamat kuliah. Pada waktu-waktu kemuncak, mahasiswa atau mahasiswi terpaksa berasak-asak atau berebut antara satu sama lain untuk
memastikan dirinya dapat menaiki bas seterusnya pulang ke rumah dengan segera.
Oleh kerana pada waktu tersebut ramai mahasiswa atau mahasiswi yang telah tamat kuliah, maka secara tidak langsung mereka terpaksa berebut-rebut untuk
cepat pulang ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Sewaktu mereka
berebut-rebut untuk menaiki bas, terdapat segelintir pelajar yang kurang sabar yang lebih suka mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang enak
untuk didengari. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap pelajar lain yang
suka bertolak-tolakan tanpa memikirkan orang lain dan hanya mementingkan diri
sendiri semata-mata. Antara perkataan yang sering kali disebut ialah ‘cepat
sikit, boleh’, ‘sabar la’, ‘woi jangan tolak la,’ ‘lembabnya la’, dan ‘relax
lu’.
Adakah
perlu kita menggunakan bahasa yang kurang sopan apabila berada dalam keadaan
marah? Rasanya tidak perlu kerana bagi sesetengah orang, perkataan-perkataan
yang digunakan ini sangat tidak enak untuk didengari kerana sebagai mahasiswa
atau mahasiswi kita haruslah bijak untuk mengawal emosi dan tidak terlalu
mengikut perasaan sehingga menggunakan bahasa yang kurang sopan. Bersabarlah
wahai teman kerana sabar itu indah.
Kawan-kawan, bahasa itukan indah kenapa perlu gunakan bahasa yang kurang sopan apabila kita
kurang bersabar. Jika kita pandai mengawal emosi, maka semuanya dapat di atasi. Oleh itu,
gunakanlah bahasa yang sopan untuk hidup selesa. Bahasa jiwa bangsa.
No comments:
Post a Comment