Kini penggunaan
bahasa rojak dalam kehidupan seharian semakin jelas ketara. Penggunaan bahasa rojak
sering kali saya dengar terutama ketika barada di dalam kelas, sewaktu menunggu
bas dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, bahasa rojak merupakan
percampuran bahasa yang digunakan semasa bertutur. Antara contoh bahasa rojak
ialah 'I tak tahu menahu pasal event tu! Tak sorang pun invite kita orang' dan 'I dah lama tunggu u, mana u pergi?'. Percampuran pelbagai bahasa dalam
pertuturan dilarang dalam hukum bahasa, namun ramai penutur bahasa Melayu yang
sangat gemar dan selesa menggunakannya.
Selain
itu, penyampai radio serta penulis lirik tidak terkecuali dari menggunakan
bahasa rojak. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana golongan
seperti ini sangat dekat dengan masyarakat disebabkan perkara yang disampaikan oleh
mereka secara tidak langsung akan menjadi ikutan dalam masyarakat.
Menurut Naib Canselor Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, penggunaan bahasa rojak
dalam kalangan generasi muda ketika berkomunikasi terutama dalam majlis formal
kian meruncing kerana penggunaan bahasa rojak secara tidak langsung akan mengikis
identiti bahasa Melayu yang indah kerana masyarakat lebih kerap menggunakan
bahasa rojak dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita
perlulah mengawal penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kerana
penggunaan bahasa Melayu yang betul sangat penting terutama dalam majlis-majlis
formal. Jika kita terlalu asyik menggunakan bahasa rojak, maka secara tidak
langsung akan merosakkan bahasa Melayu yang tersedia indah dan unik.
No comments:
Post a Comment