Setelah seseorang itu memperoleh bahasa
pertama iaitu bahasa ibunda, seseorang itu pasti akan memperoleh bahasa kedua. Apakah
yang dimaksudkan dengan bahasa kedua?
Bahasa
kedua ialah bahasa yang telah diperlajari setelah mempunyai bahasa pertama. Bahasa
kedua negara kita Malaysia ialah bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana
segala urusan rasmi negara digunakan dalam bahasa Melayu, tetapi penggunaan
bahasa Inggeris juga turut diutamakan dalam urusan tertentu
Bahasa
kedua masyarakat Melayu merupakan bahasa Inggeris. Keadaan ini berlaku kerana
setelah menguasai bahasa Melayu, mereka diwajibkan untuk menguasai bahasa
Inggeris terutamanya di sekolah. Selain itu, apabila seseorang itu boleh
menguasai lebih daripada satu bahasa, maka bahasa yang dikuasainya itu selain
daripada bahasa ibunda dikategorikan sebagai bahasa kedua. Bahasa ketiga,
keempat atau lain-lain bahasa yang dipelajarinya, tetap diketagorikan sebagai
bahasa kedua.
Seperti
yang kita ketahui, penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi sejak
kecil lagi. Berbeza pula dengan bahasa kedua yang mana kita perlu
mempelajarinya secara formal dan memerlukan latihan pengukuhan secara
berterusan untuk membolehkan kita menguasai bahasa tersebut. Penguasaan bahasa
kedua bagi penutur asli seperti masyarakat Melayu bukanlah satu perkara yang
mudah kerana ianya perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh di samping
latihan pengukuhan secara berterusa.
Oleh
itu, dapat dinyatakan bahawa penguasaan bahasa kedua sangat dititikberatkan
dalam masyarakat Melayu terutamanya. Hal ini demikian kerana bahasa kedua
masyarakat Melayu iaitu bahasa Inggeris telah dikategorikan sebagai bahasa
antarabangsa disebabkan kebanyakan urusan pertadbiran antarabangsa menggunakan
bahasa Inggeris. Justeru, tidak salah untuk kita menguasai bahasa kedua kerana penguasaan lebih daripada satu bahasa akan menunjukkan
seseorang itu tinggi dengan ilmunya
.
No comments:
Post a Comment