Menurut Wikipedia Ensiklopedia bebas, gelaran
merupakan suatu kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama seseorang
sama ada menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi
tidak kira ianya merupakan kelayakan profesional atau akademik. Gelaran kurniaan
pula merupakan satu gelaran yang diperoleh hasil daripada pencapaian dan
sumbangan seseorang. Gelaran yang diperoleh oleh seseorang hasil daripada
kejayaannya dalam bidang akademik atau ikhtisas dikenaki sebagai gelaran
kurniaan ikhtisas. Contohnya ialah Profesor
Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, Profesor Madya, Doktor, Cikgu, Ustaz atau
Ustazah.
Bagi sesetengah orang yang menerima gelaran
kurniaan ini mereka sangat mengambil berat terhadap gelaran yang diperolehnya. Oleh
itu, kita perlulah berhati-hati dan mengenalpasti terlebih dahulu gelaran
seseorang sebelum kita menggunakannya kerana ianya sangat sensitif bagi
sesetengah orang kerana mereka beranggapan bahawa jika kita tersalah memberi
gelaran, kita dikatakan seolah-olah menyindir orang tersebut. Namun begitu,
terdapat juga sebilangan daripada mereka yang tidak kisah dengan gelaran yang
diberikan.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa bagi menghormati seseorang itu
terutamanya pensyarah kita perlulah mengetahui gelaran yang diberikan atas
kejayaannya dalam bidang akademik kerana bagi memperoleh gelaran tersebut
memerlukan usaha yang sangat besar. Justeru, bagi menghargai usahanya itu kita
perlulah bijak untuk berbicara dengan menggunakan gelaran yang
sebetul-betulnya.
No comments:
Post a Comment