Friday, 23 March 2012

Situasi 15 : Bahasa kasar


Kini, penggunaan bahasa kasar kerap kali kita dengari tidak kira di mana sahaja kita berada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa di negara kita sudah semakin teruk kerana generasi muda lebih suka menggunakan bahasa kasar sewaktu berinteraksi antara satu sama lain.

              Bahasa kasar merupakan bahasa yang digunakan oleh penutur yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam proses berbahasa. Bahasa ini dituturkan dengan menggunakan kata-kata kasar yang akan menyinggung perasaan orang yang di lawan bercakap. Apabila bahasa kasar dituturkan, maka seseorang itu secara tidak langsung akan dikatakan sebagai seorang yang tidak mementingkan nilai kesantunan dalam berbahasa di samping tidak menghormati orang lain ketika berbicara. Antara contoh bahasa kasar ialah bodoh, kepala otak, kurang ajar, dan sebagainya.

           Sebagai orang Melayu yang mementingkan budi bahasa dalam pertuturan mahupun perbuatan tidak seharusnya menggunakan atau mengamalkan bahasa kasar dalam kehidupan seharian. Saya berpendapat bahawa, penggunaan bahasa kasar dalam kalangan generasi muda ini semakin berleluasa disebabkan oleh pergaulan bebas yang diamalkan. Apabila terdapat rakan yang sering menggunakan bahasa kasar, secara tidak langsung ianya akan turut mempengaruhi rakannya yang lain. Oleh itu, generasi muda kini perlulah bijak memilih rakan dan menjaga adab-adab ketika berbicara kerana penggunaan bahasa kasar akan menyebabkan masyarakat memandang serong terdapat diri kita. 

8 comments:

  1. salam..blh saya tau x..awk ni student yg bljr dkt u ke?sbb skrg sy tgh buat research bhsa ksar.

    ReplyDelete
  2. boleh terangkan secara detail tentang bahasa kasar sebab saya juga sedang mengkaji penggunaan bahasa kasar dalam kalangan remaja sekarang.

    ReplyDelete
  3. ada tak sorotan kajian lepas tentang bahsa kasar

    ReplyDelete
  4. adakah lagi berkaitan tentang bahasa kasar seperti konsep bahasa kasar or defini yg dinyatakan oleh org ilmuan? sebab sy sedang m'buat kajian tentang penggunaan bhs ksr dlm filem melyu?

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum..saya juga inginkn konsep bahasa kasar yg lebih jelas. Soalnya saya akan mengkaji penggunaan bahasa kasar dalam novel Dari Lembah ke Puncak(teks ting4-5).

    - pra universiti smkpp 2013-

    ReplyDelete
  6. salam dik..maaf yea..entri ni akk bt sbb dy salah 1 asgmnt y akk kne bt..sbb tu dy ringkas sbb hanya entri y perlu diupdate stiap hari...jd akk xbleh nk trangkan scra terperinci sbb akk bukan org y pkar..ni pun akk update berdasarkn pngtahuan xlgsung dan jga smber internet..sory sbb xberapa nk membantu

    ReplyDelete
  7. Sy pn perlu cri mklmt psl bhsa kasar ne.. Sbp prlu bt research tk pbs bm kt skolah..
    #smkTamparuli, Sabah

    ReplyDelete
  8. boleh tak beri mklumat ttg bahsa kasar?

    ReplyDelete