Apa itu bahasa kiasan?
Bahasa kiasan ialah perkataan atau ungkapan
yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar atau makna
biasa perkataan itu. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa bahasa
kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang istimewa sifatnya kerana bahasa ini
digunakan sebagai bahasa berlapik, yakni bahasa yang mempunyai maksud tersirat
sebangai bandingan. Oleh itu, bahasa kiasan yang digunakan ini mempunyai makna
disebaliknya yang perlu difahami dan dihayati dengan betul. Antara contoh
bahasa kiasan ialah peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perbilangan,
dan perumpamaan.
Bahasa kiasan sering kali digunakan oleh
masyarakat untuk menggambarkan sesuatu perkara dengan perkara-perkara yang
indah serta menyindir seseorang itu dengan menggunakan kata-kata tersirat. Namun
begitu, apabila kita menghayati bahasa kiasan dengan betul, secara tidak
langsung kita dapat mengetahui betapa indah dan uniknya bahasa kiasan itu. Selain
itu, melalui penggunaan bahasa kiasan kita dapat menyindir seseorang itu dengan
menggunakan kata-kata yang baik tanpa menyinggung perasaan seseorang itu. Antara
contoh ayat yang menggunakan bahasa kiasan ialah:-
Hitam bagai buntut belanga (perihal keburukan
seseorang)
Puteri lilin(perempuan yang tidak tahan
panas)
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya
pula(seseorang yang telah tahu perihal sesuatu perkara tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya.
Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa bahasa
kiasan merupakan satu bahasa yang sangat indah jika kita tahu fungsinya. Penggunaan
unsur-unsur yang indah dalam mengungkapkan sesuatu perkara itu akan menjadikan
perkara yang ingin kita sampaikan itu menjadi lebih menarik di samping penggunaan
unsur-unsur alam semulajadi dalam
penggunaannya. Justeru, saya generasi kini dan akan datang haruslah dapat terus mengaplikasikan penggunaan bahasa
kiasan dalam kehidupan seharian disebabkan penggunaan bahasanya yang cukup
menarik dan indah.
No comments:
Post a Comment